Super Kawaii Cute Cat Kaoani (✿◕‿◕)aqilahmunc(◕‿◕✿): Dimanakah aku ?

Thursday, 5 December 2013

Dimanakah aku ?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Bismillahirahmanirrahim..
Ya allah,aku mohon perlindungan dariMu dari kemungkaran dan juga sifat riak.aku tak tahu kenapa dengan keadaan aku ini.aku dah tak tahu nak buat apa.habis semua orang aku marah.kenapa disaat waktu begini kau uji kesabaran aku.Dalam setiap langkah aku melangkah kedepan mungkin ini jalan yang susah untuk aku lalui,tapi Ya allah,damaikah akan menjumpai aku?? - 



Mencari jalan keluar dari masalah,aku hanya mampu berdoa dan berserah semuanya kepada ALLAH SWT.aku mencari keceriaan dimana sahaja aku suka,tapi bukan keceriaan yang aku dapat,hanya dugaan dari yang Maha Esa.Tapi aku sabar,sebab aku tau tu ujian dari-Nya.Bertahan walau dihina,dikecam oleh sahabat-sahabat yang tak seberapa faham perasaan aku.



Jalan yang tenang jangan disangka tiada halangan dan Laut yang tenang jangan disangka tiada cubaan,begitu juga dengan manusia.Sama sahaja,tapi berlainan rupa dan bentuknya je.Soalan banyak diduga dalam otak fikiranku,kadang-kadang fikiran itu menjadi padah dan boleh terluka jiwaku.Banyak yang menasihatkan aku supaya tak payah pikir sangat pasal yang tak berapa nak boleh jawab.Tapi aku degil jua,kerana rasa ingin tahu itu sering menghantui fikiranku.Namun aku cuba mengatasinya,berzikir dan bermunajat padaNya.Segalanya ku sedar jua,tatkala itu hati ini sering lalaikan diri dengan kehidupan dunia.Tapi hadirnya Hidayah ALLAH SWT ku telah temui jalan yang hilang melalui airmata titisan kaseh yang ikhlas dariku sendiri.Alhamdulillah aku okey,tapi kadang-kadang rasa Amarah itu sering datang jua,tapi aku tetap berserah pada Yang Esa.

No comments:

Post a Comment